CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 18, 2011

noktah.

awak.
dia sungguh letih menangis kerana awak.
dia sungguh derita sebab dia sayang awak.
dia sangat geram sebab awak tipu dia.
dia rasa dia bodoh sebab percaya awak.

awak.
tahniah.
ait mata dia mengalir macam hujan untuk awak.
awak berjaya.
tidak kalah walau sedikitpun.

awak.
dia mahu awak pergi jauh- jauh dari hidup dia.
dia tidak mahu sekelumit pun memori tentang awak.
dia tidak mahu lihat barang awak.
dia tidak mahu ingat awak.

awak.
dia pernah sayang awak lebih dari semua benda.
dia pernah sayang awak mungkin lebih dari diri dia sendiri.
dia pernah letak awak dalam hati dia di tempat yang paling atas.
dia pernah berharap hidup dia akan ada awak sepanjang masa.

awak.
kenapa awak perlu lukakan hati dia macam ni?
seronok buat dia macam ni?
hati awak gembira dan ketawa lihat dia menangis?
hati awak gembira dan ketawa lihat dia derita?

awak.
kalau sekarang awak sedang bahagia.
dia sentiasa doakan kebahagiaan awak.
dia lakukan semuanya sebab awak.
dia lakukan semuanya sebab awak perlu bahagia dengan yang lain.
dia lakukan semuanya sebab dia rasa dia bodoh.
dia bodoh sebab percaya awak.
dia bodoh sebab sayang awak.
dia bodoh sebab cinta awak.
dia bodoh sebab bagi hati dia kat awak.

awak.
terimakasih sudah lakukan semua ni pada dia.
terimakasih atas hadiah- hadiah dulu.
terimakasih atas sayang dan cinta awak suatu masa dahulu.
terimakasih sebab hadir dalam hidup dia dan buat dia sedih.
terimakasih yang tak terhingga atas segala pengajaran yang awak berikan kepada dia dalam hidup ini.
beribu malah jutaan terimakasih.

tidak perlu lagi muncul setelah semuanya selesai.
tidak perlu lagi datang walau sekadar bertanya khabar.
tidak perlu lagi datang walaupun mungkin sekali- sekala awak teringat dia.

dia sungguh tidak mahu ingat yang dia memag kenal awak.
sungguh.

noktah.

p/s: mencuba sesuatu yang baru. maafkan saya andai saya ada banyak kekurangan. andai saya seorang yang suka membuat yang lain sakit hatii. andai saya seorang yang mementingkan diri sendiri. maaf atas semuanya.

No comments: